Buah Longan atau nama saintifiknya Botaninya Dimocarpus Longan digemari ramai kerana rasanya yang manis dan sedap dimakan begitu sahaja. Buah Longan dikategorikan sebagai adik kepada buah laici kerana buah ini lebih kecil berbanding dengan buah laici. Secara amnya buah longan ini sedap berbanding dengan buah laici tetapi tidak berjus seperti buah laici.
Terdapat pelbagai vitamin dan mineral yang ada di dalam buah longan ini. Ianya termasuklah besi, ,magnesium, fosforus, potassium dan sejumlah besar vitamin A dan C. Buah ini juga mengandungisebatian fenolik di dalam buahnya seperti asid galik, corigalin dan asid ellagik. Ini menunjukkan bahawa buah ini mempunyai antioksidan dan pelindung hati.
Bahagian buah longan yang paling mempunyai kelebihan yang banyak adalah melalui bahagian buahnya. Namun bahagian yang lain seperti akar, biji, dan daun pokok ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Akar dan daun mempunyai quercetin dan quercitrin. Akar longan dikatakan mempunyai khasiat untuk membersihkan saluran kencing serta melancarkan peredaran darah. Daunnya pula boleh dijadikan se bagai ubat untuk antiradang dan meredakan demam.
Isi buah longan bertindak sebagai stomakik (agen yang meransang aktiviti rembesan digaster dan digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan selera makan), febrifuge (rawatan atau ubat yang mengurangkan atau mencegah demam) dan vermifug (sebarang ubat atau agen kimia yang digunakan untuk menyingkirkan cacing dari usus.
Buah longan juga bertindak sebagai penghasil tenaga yang baik dan mampu meningkatkan stamina kerana ianya mengandungi bayak sukrosa, protein, lemak, glukosa dan asid tartarik.


No comments:
Post a Comment