Terdapat cara tradisional yang boleh digunakan untuk mengawal berat badan.. Petikan daripada majalah mingguan wanita dalam ruangan kelab diet telah menyediakan beberapa langkah yang boleh dilakukan including;
1) Minum air limau nipis
Caranya, sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi. Perah jusnya ke dalam peti sejuk dan minum setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam. Amalkan setiap hari dan jangan lupa amalkan juga senaman ringan.
2) Amal teh cina
Ambil tiga sudu besar teh cina dan rendam ke dalam air. Tapis dan campur dengan perahan jus limau nipis. Amalkan meminum air ini dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
3) Air asam jawa
Jadikan ianya minuman harian anda, dan ianya akan membantu mengurangkan kadar lemak di dalam badan. Caranya, ambil sebuku asam jawadan ramas ke dalam air sebanyak segelas, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Minum selepas makan tengahari atau makan malam setiap hari.
4) Tambahkan serbuk kayu manis
Caranya, minumlah teh hijau atau teh cina dan tambahkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam minuman anda itu, minum setiap hari selepas makan tengahari dan makan malam.
~Selamat Mencuba~
Salam:p


No comments:
Post a Comment