Tarragon atau nama sains di sebut sebagai Botaninya Artemisia Dracunculus digelar as a Raja Herba oleh orang Perancis. Ianya digelar sedemikian kerana kebanyakan ramuan sos yang digunakan di perancis diletakkan tumbuhan ini.
Pada zaman pertengahan, herba ini dikatakan digunakan untuk meningkatkan stamina tubuh. Kebanyakan dari penghijrah pada zaman dahulu meletakkan tangkai daun herba ini ke dalam kasut sebelum memulakan penghijrahan.
Walaupun kegunaannya telah berubah dan banyak digunakan di dalam hidangan eksklusif, namun begitu masih ada yang menggunakan tumbuhan herba ini sebagai ubat bagi menyembuhkan sedu, sakit gigi, cacing dalam badan, masalah pencernaan, reumatisme, hilang selera makan, haid tidak tetap dan masalah pengumpulan air belebihan di dalam badan.
Tarragon juga digunakan sebagai ubatan Perancis lama terutamanya sebagai penghilang INSOMNIA dan aktiviti hiper. Teh Tarragon digunakan untuk menghilanhkan INSOMNIA. Caranya adalah dengan merendam satu hingga setengah sudu teh daun kering dalam satu cawan air panas. Tapis air sebelum diminum.


No comments:
Post a Comment